Beautiful Dreams
Disclaimer


Assalamualaikum! Thanks for visiting my blog, welcome anyway :) Just call me Meyor, my nickname. I used to share everything here. Left your footprint at my cBox! Follow Meyor dan Meyor akan lawat and follow blog korang balik :)






Alahmdulillah, aku dilahirkan sebagai WANITA :')
Wednesday 31 October 2012 ? 0 Atashinchi ?
Banyak wanita yang bilang bahwa susah menjadi wanita,
lihat saja dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah
    tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
    dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang selesa dalam beribadat kerana adanya masalah haid
    dan nifas.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT KENYATAANNYA ?

1). Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2.) Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada Bapaknya ?

3). Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4.) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk ALLAH dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
           Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.) Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya.

6). Seorang lelaki wajib berjihad di jalan ALLAH, sementara bagi wanita
jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada
ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti
pahala orang pergi berjihad di jalan ALLAH tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH… ! demikian sayangnya ALLAH SWT kepada wanita…..

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti
ALLAH Maha Tahu akan segala yang diciptakan_NYA
sehingga peraturan_NYA adalah yang terbaik bagi manusia


Assalamualaikum :)


I won't regret :)
Friday 28 September 2012 ? 0 Atashinchi ?
              Salam to all Muslim and Hye earthlings! So, exam week had just ended. And Alhamdulillah, thank God it's Friday today.. A very blissful Friday.. Well, everyone loves Friday so much including myself! :) Heheheh..

               Hmm, but today, is not my day.. I just stalked someone's twitter and saw something that......................hurts me so much :') and oh! yg paling gempak, gambar, ok gambar :) well i tried not to care abt it, but perasaan "sakit hati" tu memang takdpaat nak larang kalau dia dah datang nak bertandang.. Jadi, Meyor rasa nak lepaskan je la semua benda yg "menyakitkan hati" tu.. Srsly sakit sangat.. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala nya, Amin yarabbalamin.... :)


Assalamualaikum :)


Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Wednesday 19 September 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamu'alaikum people! It's been almost 4 months Meyor tak update blog.. Oleh kerana terlalu sibuk.. Exam, and everything, so yea :) Alhamdulillah, Meyor bekesempatan nak share something.. Walaupun dah malam, but ini adalah demi kepentingan kaum Hawa bersama, harap jadikan pengajaran dan teladan.. Amin yarabbalamin.. :)

Kaum Hawa...

WANITA adalah makanan lazat bagi iblis untuk menghimpunkan kaum lelaki ke medan "kesesatan" dan "neraka".. Iblis menjanjikan dengan janji-janji indah penuh tipu daya untuk memikat kaum lelaki agar memfokuskan diri terhadap kaum wanita dengan segalaaaaaa kenikmatan dan keseronokan.. Maka janji sumpah Iblis adalah untuk menghiasi wanita dengan panah-panah yg mengandungi racun yang berbisa..


:65: MENGHILANGKAN DEFINISI "HIJAB"



Dlm tahap ini, Iblis membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk Hijab itu tidak ada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita.. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakian dgn apa bentuk dan namanya tetap pakaian..

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti, ikut "trend" lah katakan... :) Contohnya, ketika seseorg berpindah dari suatu negeri ke suatu negeri yg lain, maka jarus menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, apapun yg mereka pakai..

Berbeza hal nya jika seorg wanita berkeyakinan, bahawa Hijab adalah pakaian yg menyerlahkan identiti keislamannya, dan memakainya adalah ibadah, dan bukan sekadar gaya atau fesyen..
Jadi, biarpun di mana saja anda berada, Hijab syar'i wajib dipertahankan!


:65: MEMBUKA BAHAGIAN TANGAN



Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen yakni membuka bahagian hasta iaitu bahagian siku HINGGA telapak tangan.. "Ah, tidak mengapa.. Kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitulah bisikan syaitan.. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian fesyen baru yg mendedahkan bahagian siku hingga telapak tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja.. Maka syaitan berbisik "Ha, tak apa-apa kan?" Masya'Allah, begitu mudahnya kita terpedaya dgn bisikan syaitan..


:65: MEMBUKA LEHER DAN DADA

Jika menampakkan tangan telah menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara yg baru lagi.. "Kini buka tangan dah jadi lumrah,maka perlu ada peningkatan fesyen yg lebih maju lagi! Yakni terbuka bahagian dada dan leher mu.. Tp jgn sebut sbg pakaian terbuka.. Alaa, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak terlalu panas.. Cubalah! Org pasti takkan peduli, sebab hanya sebahagian kecil je yg terbuka.."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yg terbuka bahagia leher dan dadanya dr fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V" yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bahagian sensitif dadanya..


:65: BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian kamu hanya begitu-begitu sahaja, sangat simple.. Cubalah cari fesyen yg lain plak.. Banyak fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat yg agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru..

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian ketat dan kain tipis bahkan transparent.. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yg agak berbeza dan lebih "update".. biar nampak lebih feminin.." begitu syaitan menokok-nambah..



Akibatnya kini pakaian tersebut akhirnya telah menjadi "trend" dalam kalangan kaum Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent.. maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi SAW sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Labels: , ,



Assalamualaikum :)


Tips elak kutuk orang
Thursday 24 May 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamu'alaikum! How are u, guys? Doing fine? Alhamdulillah, may Allah bless all of you! :) So, today, Meyor really nak share about something yg memang..........manusia selalu lupa.. Mungkin some of you tak perasan apa yg korang telah buat, dan SEDANG buat.. Korang pernah tak terfikir "pernah tak aku buat salah, aku buat salah ape, kat sape".. Haaa jarang sangatlah kan nak memuhasabah diri.. Even Meyor pun sama gak sbenanye, hehehe :P kita manusia ni memang mudah sangat lupa.. Dan satu sifat yg tak memang lekat la kat sesetengah manusia ni is, asyik nak cari salah orang sampai salah diri sendiri tak reti nak nampak.. Orang buat salah sikit, mula lah nak gossip sana sini, takpuas hati, dengki.. Whatever you do, people still gonna judge :) bukan Meyor yg sebarang cakap, but memang dah hakikatnya mcmtu.. Takboleh nak nafikan.. So, Meyor nak bagi tips sikit macam mane nak kurangkan sikap asyik nak cari keburukan org lain nih, kalau ada kawan atau saudara yg memang sikap mcmni, bagilah dia baca.. Mana lah tau kot2 menjadi, dapat juga pahala kita, AMIN :)


:65: Kalau tengok orang yg kurang dari segi fizikal tu, jaga lah kata-kata dan hati tu.. Lebih baik lagi kalau, set kan dalam mind yg "takda sapa yg sempurna kat dunia ni" :)

:65: Sebelum nak kritik orang dari segi percakapan dia, mungkin orang tu kasar, terlalu control, atau terlalu sangat menonjolkan "ke-controlan".. Jangan mudah mengkritik, sesungguhnya orang yg suka mengkritik ni sebenarnya dengki.. Dan sifat dengki tu sangat dbenci Allah SWT :)

:65: Kalau tengok orang yg lawa/handsome, upppssss kawal perasaan!! Sbb org selalunya mudah sangat think negative/dengki dgn org yg lawa/hensem nih.. Diorg mesti fikir "Elehh luar je perfect, dalam entah cantik ke tak.." Haa, cuba lah think positive sikit! :)

:65: Paling last, paling penting! Beristighfar lah kalau hati mula nak rmengutuk.. Jangan mudah sangat tergoda dengan hasutan syaitaan tu.. Ingatttt!


So, setakat ni jeh yg Meyor mampu nak cakap.. Sbb mata Meyor dah nak tumbang da.. Hahaha :P so, gotta go! Adios, Assalamualaikum people :h:


Assalamualaikum :)


Betapa Berharganya Seorang Wanita :)
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

:t: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

:70: "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

:h: "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

:70: "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

:t: "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

:70: "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

:t: "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

:70: "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


Assalamualaikum :)


Tak reti bersyukur
Tuesday 15 May 2012 ? 0 Atashinchi ?
:101: Assalamualaikum semua! Semoga anda dalam keadaan yg sihat walafiat, Amin smile ha, hari ni Meyor nak share sikit pasal hal kat sekolah.. Tetapi sebelum tu, Meyor nak cerita sikit pasa;a kisah Meyor.. Hehe harap sudi baca :77: .......... Meyor sekolah kat sekolah berasrama SMK ________ (takbole bagitau) hahaha maaf :134: Meyor budak baru, baru masok tahun lepas, tapi Meyor masih tak selesa dengan keadaan kat sekolah tu dan masih merindui rakan-rakan di sekolah lama sebab suasana yg berbeza.. Yela, dulu dudok kat bandar, mix dgn budak-budak bandar.. Bila dah selesa dok bandar, tup tup masalah datang.. Terpaksa pulakkk ikut makbapak pindah kat pedalaman.. Takla pedalaman sangat kot...? Jadi Meyor terpaksa biasakan diri dengan suasana yg amat amat berbeza.. Hahhhh mula-mula memang susah sangat nak biasakan diri, sebab mostly student kat situ tak peramah, cuma 1 2 je yg datang nak kawan dgn Meyor.. Tapi Meyor tak ambik hati sangat & tak kesah pon sebab memang standard la new student kena abai.. So, tak heran la, memang ambik masa untuk dapat ramai kawan.. Ibu Meyor pernah pesan "kalau kat sekolah baru nanti, cari kawan elok2..yang boleh djadikan contoh yg baik.." Jadi, Meyor cuba2 nak dekatkan diri dengan classmates Meyor.. Mereka ok gak sebenanye, Meyor je yg fikir burok pasal diorg. Ish3 astaghfirullahalazimmm..:face16: Selepas 2 bulan berlalu, Meyor akhirnya dapat sesuaikan diri walaupun bukan sepenuhnya.. Atleast sikit, mungkin setengah dari 100%.. Hehe.. Tahun ni kena tukar kelas dan classmates yg berlainan.. So, Meyor terpaksa sesuaikan diri untuk yg kedua kali nya, arghhh tak sanggup rasanya!:14:Classmates Meyor yg tahun ni memang Meyor sangat3 taksuka dan tak berapa nak kawan sangat terutamanya perempuan sebab sifat mereka yg tak reti nak "bersyukur"..Say no to them! :30: hahaha. Haaa ni yg Meyor nak cerita nih.. Berkaitan dengan "bersyukur".. Diorang ni budak asrama, budak yg agak cerdik dan matang (oh mungkin??) Mula2 bulan pertama sekolah diorang memang takberani la dengan Meyor, senyap aje tak berani nak mintak atau nak tegur Meyor sangat kecuali kalu ada hal penting.. Tapi bila dah masok bulan kedua, jeng jeng jeng jeng.. Diorang mula naik kepalaa:119: Woishh memang tak reti malu langsung la.. Ikut sukahati diorang je nak ambik makanan Meyor, lahap sepuas2 nya.. Yang paling Meyor taktahan, diorang minta air yg Meyor bekal untuk Meyor sendiri.. Sebab Meyor memang jenis yg taksuke nak 'kongsi mulut' nih.. Akhirnya, Meyor sendiri, habuk pun takda, seciput pun tak..:face16:segala-galanya diorang ambik, memang sakit hati betol la!:14: Kalau nak ikutkan hati, memang Meyor lempang je diorang tuh, tapi Meyor masih waras..... Meyor cuba bertindak secara matang, Meyor taknak gaduh2. Setiap hari Meyor bawak air untuk mereka minum tujuan supaya air Meyor tak jadi mangsa (hahahaha jahatnye).. TAPI diorang nih memang takreti nak bersyukur lagi, dah bekal air ponnnnnnnn nak air org jugak.. Bila dah abis, main buang je botol tu pastu mintak air lagi kat Meyor.. Sangat2 menguji kesabaran kan?? Cissssss.. Meyor terpakse jugakla bagi, sebab kesian sangat tengok muka diorang yg mintak simpati tu.. *ceh* ikhlas atau tak, Meyor pun taktahu, yg Meyor nak, Meyor taknak gaduh, tu je.. So, after a few days, diorang masih gak buat benda yg sama.. Meyor pernah terfikir "kat asrama tu takda air ker, takkan kot diorang tak disediakan makanan..:face14: tiap2 hari Meyor tengok ramai budak asrama pegi dewan makan.. buat ape? dah nama dewan "makan", memang la tempat makan kan.. takkan diorang tak nak pegi, takreti syukur ker.. untung sangatla kena disediakan makanan, free pulak tuu.." aaaaaa *sigh* :face62: setiap hari, Meyor terpaksa lalui benda yg sama.. Meyor masih lagi dapat sabar sebab Meyor datang sekolah nak belajar bukan cari gaduh.. Memang Meyor sabar, tapi kalau diorang dah lampau sangat sampai Meyor taktahan, Meyor lenting je biar diorang tahu nak bersyukur sikit.. Tapi belum lagi, Meyor tengah tunggu masa yg sesuai.. Mungkin dengan cara yg lembut, ATAU cara yg agak kasar.. Haaaa, jadi ye pembaca sekalian, Meyor harap tak ada lah di antara kamu yg tergolong dalam org2 yg bersifat "tak reti bersyukur" nih.. Sebab sifat ni bukan je boleh memudaratkan diri, malah boleh jugak mendatangkan keburukan kat orang lain.. So guys, renung-renungkan! :128:


Assalamualaikum :)


Exam.
Monday 14 May 2012 ? 0 Atashinchi ?
Heyya! Hows your day guys? Doing fine? Alhamdulillah biggrin aaa meyor tengah sibuk dengan exam, tapi curi online kejap selepas puas belajar petang tadik. Haaa Imma good girl :17:haha. Well, memang susah la jadi student sekolah ni kan. Dengan homework yg menimbun, exam lagi. Hahhhhh! Depressed *sigh* (rasa2nya semua student yg rasa mcm nih)
:p: TAPI ni semua untuk kebaikan diri sendiri ya pembaca-pembaca sekalian yg masih sekolah tuuu..ingat, jangan malas-malas belajar tau. Nanti dah besar takyah nak susahkan mak ayah kalau nak beli barang. Takyah dok tunjok muke masam kalau parents tak beli yg korang nak. Dah kerja, dapat gaji je terus dapat pegi beli. Indah nya hidup kalau dah bekerja dan ada duit sendiri! Tak sabar pulak rasanya nak menerjah alam pekerjaan nih, hehe:131: *mengada-ngada* tapi kalau dah kerja tu, tak boleh jugak kalau kita lupa daratan. Tengah dok sibuk shopping sana shopping sini, kerja sana kerja sini. Tup tup mak ayah kite lupa. Tak berkat segala kemewahan yg Allah bagi kalau kita abaikan mak ayah. Lagipun, kesian diorang, diorang lah yg jaga kita, diorang lah yg bagi semangat kat kita, diorang lah yg bangunkan kita kalau kita jatuh. Kalau takda mak ayah, kita takkan wujud. INGAT TU! Tak lupa juga dengan yang maha Esa lagi maha Agung. Janganlah mudah lupa diri sehingga melupakan Allah. Elakkan pembaziran............ Hidup ini tidak akan bermakna tanpa Dia. Segala kemewahan di dunia ini hanyalah pinjaman dari yang maha Esa. Tiada yang kekal abadi di dunia ini selain Allah. Dan jangan lupa.......
Bersyukurlah dengan apa segala nikmat yg Allah berikan. Ucapkan "Alhamdulillah". Tak susah pon nak ucap, taksampai 5 saat. Tapi hati mesti ikhlas! Ingat ye semua. Meyor rasa sampai sini je Meyor dapat kongsi sebab takdapat lame sangat nak hadap lappy nih, nanti pelajaran terlupe plak, haha. So anyway, wish me luck yea untuk exam! May Allah bless all of you, lots of love, :w: Meyor


Assalamualaikum :)




Older Post


// Forever Young-One Direction

Blogger Widgets