Beautiful Dreams
Disclaimer


Assalamualaikum! Thanks for visiting my blog, welcome anyway :) Just call me Meyor, my nickname. I used to share everything here. Left your footprint at my cBox! Follow Meyor dan Meyor akan lawat and follow blog korang balik :)






Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Wednesday, 19 September 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamu'alaikum people! It's been almost 4 months Meyor tak update blog.. Oleh kerana terlalu sibuk.. Exam, and everything, so yea :) Alhamdulillah, Meyor bekesempatan nak share something.. Walaupun dah malam, but ini adalah demi kepentingan kaum Hawa bersama, harap jadikan pengajaran dan teladan.. Amin yarabbalamin.. :)

Kaum Hawa...

WANITA adalah makanan lazat bagi iblis untuk menghimpunkan kaum lelaki ke medan "kesesatan" dan "neraka".. Iblis menjanjikan dengan janji-janji indah penuh tipu daya untuk memikat kaum lelaki agar memfokuskan diri terhadap kaum wanita dengan segalaaaaaa kenikmatan dan keseronokan.. Maka janji sumpah Iblis adalah untuk menghiasi wanita dengan panah-panah yg mengandungi racun yang berbisa..


:65: MENGHILANGKAN DEFINISI "HIJAB"



Dlm tahap ini, Iblis membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk Hijab itu tidak ada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita.. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakian dgn apa bentuk dan namanya tetap pakaian..

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti, ikut "trend" lah katakan... :) Contohnya, ketika seseorg berpindah dari suatu negeri ke suatu negeri yg lain, maka jarus menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, apapun yg mereka pakai..

Berbeza hal nya jika seorg wanita berkeyakinan, bahawa Hijab adalah pakaian yg menyerlahkan identiti keislamannya, dan memakainya adalah ibadah, dan bukan sekadar gaya atau fesyen..
Jadi, biarpun di mana saja anda berada, Hijab syar'i wajib dipertahankan!


:65: MEMBUKA BAHAGIAN TANGAN



Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen yakni membuka bahagian hasta iaitu bahagian siku HINGGA telapak tangan.. "Ah, tidak mengapa.. Kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitulah bisikan syaitan.. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian fesyen baru yg mendedahkan bahagian siku hingga telapak tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja.. Maka syaitan berbisik "Ha, tak apa-apa kan?" Masya'Allah, begitu mudahnya kita terpedaya dgn bisikan syaitan..


:65: MEMBUKA LEHER DAN DADA

Jika menampakkan tangan telah menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara yg baru lagi.. "Kini buka tangan dah jadi lumrah,maka perlu ada peningkatan fesyen yg lebih maju lagi! Yakni terbuka bahagian dada dan leher mu.. Tp jgn sebut sbg pakaian terbuka.. Alaa, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak terlalu panas.. Cubalah! Org pasti takkan peduli, sebab hanya sebahagian kecil je yg terbuka.."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yg terbuka bahagia leher dan dadanya dr fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V" yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bahagian sensitif dadanya..


:65: BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian kamu hanya begitu-begitu sahaja, sangat simple.. Cubalah cari fesyen yg lain plak.. Banyak fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat yg agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru..

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian ketat dan kain tipis bahkan transparent.. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yg agak berbeza dan lebih "update".. biar nampak lebih feminin.." begitu syaitan menokok-nambah..



Akibatnya kini pakaian tersebut akhirnya telah menjadi "trend" dalam kalangan kaum Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent.. maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi SAW sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Labels: , ,



Assalamualaikum :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction

Blogger Widgets