Beautiful Dreams
Disclaimer


Assalamualaikum! Thanks for visiting my blog, welcome anyway :) Just call me Meyor, my nickname. I used to share everything here. Left your footprint at my cBox! Follow Meyor dan Meyor akan lawat and follow blog korang balik :)






Alahmdulillah, aku dilahirkan sebagai WANITA :')
Wednesday, 31 October 2012 ? 0 Atashinchi ?
Banyak wanita yang bilang bahwa susah menjadi wanita,
lihat saja dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah
    tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
    dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang selesa dalam beribadat kerana adanya masalah haid
    dan nifas.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT KENYATAANNYA ?

1). Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2.) Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada Bapaknya ?

3). Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4.) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk ALLAH dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
           Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.) Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya.

6). Seorang lelaki wajib berjihad di jalan ALLAH, sementara bagi wanita
jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada
ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti
pahala orang pergi berjihad di jalan ALLAH tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH… ! demikian sayangnya ALLAH SWT kepada wanita…..

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti
ALLAH Maha Tahu akan segala yang diciptakan_NYA
sehingga peraturan_NYA adalah yang terbaik bagi manusia


Assalamualaikum :)




Older Post


// Forever Young-One Direction

Blogger Widgets